Tuesday, 1 October 2013

Next day…..


Mengajar umpama membuat konsert!!!


Bagi aku... mengajar umpama buat konsert kat depat pelajar... perlu ada persembahan yang menarik... gaya yang istimewa untuk tarik perhatian pelajar... agak mencabar seseorang yang bergelar Aku bila suara aku ni x ley nak jerit kuat2... jadi... terpaksa la wat latihan suara selalu supaya kekuatan valume dapat ditingkatkan.. emm cara penyusunan dan penyampaian bahasa juga penting... emm kalau dulu, wat presentation cakap main randuk jer... law tulis kat depan @note mest shotform dah ok... tapi sekolah.... semuanya kena lebih rinci haha cumil sangat... ^_^

lagi satu... kalau ngajar budak tingkatan satu (kebetulan aku diberi peluang mengajar pelajar kelas hujung)jadi..... mesti kena sedia xtra pen.. pensel.. pemadam... kertas... semua la... sebabnya dioarng ni macam2 hal akan buat... macam2 alasan kalau xnak tulis nota jadi ayat selalu aku guna... 

"nah ambil pen cikgu... cikgu bagi terus, tulis nota ckgu bg ni " kanak2 yang nakal cket nie kena ckap baik2... baru diorang jadi lembut ckit huhu... law ada peluang... baca ja doa hembus kat ubun2 mana tahu terang hati sikit... barula diorang rasa dihargai huhu...





Second day n next!!!


Hari yang dinanti bagi fresh GSTT macam aku….. ehem!3x
Tibalah hari yang dinanti… aku bangun awal2 siap2 untuk pergi mengajar dengan bebaju kurung warna biru… aduh terasa ayu sangat+lemah lebut… hehe (perasan!!!). aku g mengajar tunggang motosikal jer… law naik kereta memang x ada… jadi rempit je. Lagipun jarak antara rumah aku dan sekolah tu x la jauh sangat…
Jadi sepanjang jalan aku tersenyum sambil aku rasa macam ada lagu yang dimainkan dekat telinga aku lagu ni….


Hahaha…. Bahagiakan bunyinye… jadi… dalam bahagia tu aku nervous jgak la sebab baru nak belajar sesuatu yang baru macam  tiba2 jadi ckgu kan hahaha.. aku harap sangat Allah swt lancarkan perjalanan aku sepanjang aku mengajar dekat sana. Niat aku satu… walaupun aku dap[at jadi guru hanya sementara,,,, tapi sekurang-kurangya aku diberi kesempatan untuk berbuat amal mengajar disamping dapat menasihati (mentarbiah) budak2 zaman sekarang nie huhu.
Oke… bila dah sampai dekat sekolah… aku diberi dua pilihan… nak duduk meja bilik guru atau meja bilik GURU DISIPLIN… huh! Confrm la bilik guru… bilik disiplin tu menakutkan… aku sendiri pun takut dekat ckg disiplin masa kolah dulu… inikan nak duduk sekali.. memang jauh panggang dari api huhu.
Jadi diringkaskan cerita aku berkenalan dengan semua guru2 kat sekolah tu… nice gila ckgu kat situ… x la garang macam ckgu sekolah aku dulu huhu. mybe aku dah besar.. bukan student lg.. Tapi soalan pertama yang selalu mereka akan Tanya umur berapa? Huhu…. Diorang ingat aku ni muda lagi… 23 dah le(haha muda la jugak tu)…

So… hari tu tugasnya cari buku2 teks dan sukatan matapelajaran je tugas aku.
Tapi aku dah mula mengajar beberapa kelas haritu.. tapi x banyak...jadi ulat buku balik la aku,,, banyak nak kena ulangkaji balik  ^_^



Sunday, 10 February 2013

40 hariku sebagai GSTT



9 febuari 2013: aku bersiap2 bagun awal untuk pegi interview sebagai kerani. Maklumlah dah berbulan2 duduk rumah saja. Tiba2 aku dapat panggilan daripada pihak pejabat pelajaran untuk datang berjumpa dengan En. Saad. Huh! Alhamdulillah la aku x tido time tu… rezeki katakan… dipandekkan cerita, aku telah diterima menjadi guru sandaran selama 3 bulan. Gembira bukan kepalang la. First sekali aku gtaw umi… reaksi dia huh terkejut la… tapi bila diberitahu orang lain… Jawapannya mampu ka aku nak ajar budak2? Aku pun tertanya2 jugak boleh ka aku bawak budak2 sek menengah tu? Time aku ajar budak tadika dulu pun lintang pukang ja kelas…bising bukan kepalang, yang aku pulak x marah lansung, bagi nasihat ja… memang gagal! Tapi budak sekolah menengah, itu lagi berat.

Aku ditugaskan untuk lapor diri haritu jugak, hemm so xcited… apa reaksi cikgu2 kat situ?? Mereka sangat terkejut, mungkin aku ni x ada gaya kot… kerani sekolah tu lagi dasyat.. dia cakap.. “ingatka budak mana tadi” huuuu…. Tolong….tapi x mula kelas lagi sebab kelas akan dibuka selepas cuti raya cina selama seminggu.. hurmm, semangat! Tapi otak kosong la.. aku x tahu pun nak kendali kelas lagu mana. So…. Blur. Tapi apapun aku harap tugas aku akan berjalan dengan lancar sepanjang berkhidmad di sekolah tu.

Jadual kelas dah dapat J
Aku ditugaskan mengajar subjek BM, SEJ, PENDIDiKAN SENi(seniya aku), sivik, dan pjk.. hermm
Jadi apa persediaan aku?

-disebabkan aku ni x dak duit (budak x keja).. jadi tak banyak yang aku mampu prepare utuk pergi mengajar nant. Senarai barang yang aku beli adalah:

  • -          selendang hijau (rm 5ja)
  • -          keronsang (rm 17) itupun keronsang pasar ja hehe
  • -          bedak (dalam perancangan)
  • -          seluar fit(rm 9) sebab aku pergi sekolah naik moto :-P

itu ja aku mampu.. tu pun umi yang belikan. Lain2 barang seperti kasut, baju kurung, beg tangan tambahan paw kakak ja hehe.

Apapun..segala kemampuan aku nant akan terjawab pada minggu depan… sangatlah kecut perut dan… xcited huhu.. gud luck for me!

Monday, 7 January 2013

Siapa kata zaman kanak-kanak tiada masalah?




Kita selalu cakap yang zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan dan tak banyak masalah. Kalau diingatkan balik, tak banyak memori yang mampu kita ingat pada zaman kanak-kanak kita dahulu. Walaupun sering dimarahi dan berkali-kali diberi amaran agar tidak melakukan itu… ini….tapi aku pasti x semua kita ingat dan simpan dalam memori kita hingga hari ini. berapa kali kita dimarahi oleh guru… tapi berapa ramai kita mampu ingat guru-guru dan namanya sekali yang pernah memarahi dan menasihati kita pada zaman sekolah dulu. Aku percaya yang semua hanya mampu ingat hanya lima atau enam orang atau kurang dari sepuluh.

tapi kenapa zaman kanak-kanak tak ada masalah?

Masih tersenyum sesudah tangisan 
Masih bermain seperti biasa walaupun ada masalah padanya
Masih mencari kegembiraan walaupun dipinggirkan
            Menghargai apa adanya…

Semua tu kuasa Yang Maha Pencipta  kan… hebat sekali ciptaanNya…

Kalau dilihat semula, semua kanak-kanak bermain,tak kira la apa jua keadaan.. walaupun apa sekalipun itulah fitrah mereka tangisan dan tawa...

Mencari ketenangan dan kegembiraan dengan bermain sesuatu yang disukai..



Belajar menghargai sepenuhnya nilai kegembiraan dalam hidup…



Mungkin dari kegembiraan itu kita dapat melupakan kebanyakan ( tak semua) pengalaman buruk atau yang menyedihkan zaman kanak-kanak dulu.. kerana apa? Kerana pada masa itu kita masih tidak pandai merungut… hanya mengimpikan apa yang naluri inginkan.. 



Saturday, 5 January 2013

Apa yang Aku tak suka...




gambar atas ni sebenarnya gambar parit yang aku tangkap masa kursus fotografi untuk gambar perspektif.. tapi hanya aku je tahu keadaan parit ni, nampak je bersih dan segar bugar.. tapi hakikatnya tetap parit.. hemm jadi orang yang tengok mungkin nampak cantik, tapi orang yang tangkap gambar tu rasa macam hemm x sedap mata memandag jer... jadi aku pun tukar la gambar tu jadi macam ni ha...





emm sejuk mata memandang.. jadi... kepada pihak kerajaan, aku sarankan: binalah sebuah jalan raya di kawasan ini, cantik mata memandang, cantik lagi jalan nie dari longkang hehehe (^_^)

Friday, 4 January 2013

when i was a child....

when i was a child...
i live with my grandma. she really love me so much more then other...

she makes me smile and lough
always give a strength


when i was 5 years old..
she bring me to school everyday although she was sick.

when someone bully me after school...
she will waiting for me to accompany me..

until..
when i was 18 years old...
she was very sick and week...

she can't  able to accompany me and take care of me
the day was changed

i need to chase my dreams
i need to go far away...
to continue my study far away from here
she just only waiting for me to return..

until one day, she leave me forever..
when i listen for this song... i will thinking of her



this is just for u.....


Penantian Buat Nenda

Nenda,
Dari raut wajahmu yang bersih suci itu,
Aku dapat merasa kesunyianmu,
Dari mata berkaca memandangku,
Sudahku tahu engkau gelisah merindukanku,
Maafkan aku kerana terpaksa pergi,
Aku tahu,
Kau lebih perlukanku,
Kau lebih rindukanku.

Nenda,
Betapa aku juga rindukanmu,
Betapa aku ingin memelukmu saat seketika dahulu,
Disaat kita saling menyayangi dan berkasih kasihan,
Berada di sisimu selamanya.

Nenda,
Penantian amat menyiksakan buat kita,
Putaran usia mencampakkan aku jauh darimu,
Perpisahan membuat kita lemas dalam penantian,
Sehingga kudratmu telah diambil Yang MahaEsa,
Sesungguhnya tuhan itu lebih berhak dariku,
Aku redha.


Nenda,
Dari hati penuh lara ini,
Hanya nyanyian kenangan silam jadi penawar rinduan kita,
Hanya bisikan semangatmu menjadi kekuatan,
Betapa aku harus kuat meneruskan hidup dalam penantian.