Wednesday 26 December 2012

Ratschläge für mich..



setiap manusia pasti akan merasa kesedihan apabila gagal mendapatkan sesuatu yang diimpikan.. ada juga yang mula merasa rendah serta kurang keyakinan diri, kemurungan.... menangis..
Allah swt berfirman:
"dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah pula  kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"
(Ali Imran:139)
oleh itu.. cubalah pujuk diri kita.. jangan menganggap sesuatu kesusahan dan kegagalan itu sebagai racun... atau duri yang tumbuh dalam jiwa kita,
 sebaliknya anggaplah kesusahan dan kegagalan itu sebagai dugaan dan... kemanisan seperti cake dan juga ais krim yang lazat dimakan...
cantik seperti bunga matahari.....
seindah senyuman......
dan gembira seperti berkelah di bawah pohon sambil menikmati keindahan alam... ^_^ 
 

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

(al-Baqarah:216)

 

Kita akan merasa kenikmatan bila kita menerima segalanya seadanya dan berusaha untuk menjadi lebih baik....

 

Nasihat buat diri sediri yang tengah bersedih kerana gagal lagi ujian jalan raya buat kali ke-2...........

 

Monday 17 December 2012

Puisi Dia...





“Hanyut Aku”

Hanyut aku, Kekasihku!
Hanyut aku!
Ulurkan tanganMu, tolong aku
Sunyinya sekelilingku!
Tiada suara kasihan,
Tiada angin mendingin hati,
Tiada air menolak ngelak,
Dahagakan kasihMu,
Hauskan bisikMu,
Mati aku disebabkan diamMu.
Langit menyerkap,
Air berlepas tangan, aku tenggelam.
Tenggelam dalam malam
Air di atas menindih keras
Bumi di bawah menolak ke atas
Mati aku, Kekasihku, mati aku!

Karya:Amir Hamzah

Buat pengetahuan pembaca, saya suka sangat sajak ni. Dah lama saya cari...
hemm kalau nak tahu, Amir Hamzah ni merupakan seorang penulis dan juga sasterawan Indonesia. beliau bertemu dengan kekasihnya sewaktu di Jawa. Catatan pendek dalam buku 'Nyanyi Sunyi' adalah autobigrafi memperihalkannya. Amir Hamzah dipaksa berkahwin dengan seorang puteri Sultan. (tak silap saya, anak Amir Hamzah yang hasilkan buku autobiografi tu). 
 if pembaca nak tahu lebih lanjut, lebih baik kiranya cari buku tu. Semasa saya kat U dulu, saya ada baca buku tu... sedikit tentang beliau  hemm dia hasilkan sajak ni sebab kecewa kerana terpaksa berpisah dengan kekasihnya. beliau juga dari keturunan kesultanan Langkat.. jadi.. kerana terhutang budi... dia x sanggup tolak tawaran pakcik dia untuk kawin dengan anak pakcik dia. lepas dari tu.. beliau mecurahkan seluruh cintanya hanya kepada yang Maha Esa. saat tu... terhasillah puisi yang lebih memperlihatkan kecintaanya kepada Allah. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas diangkat menjadi Pangeran Langkat Hulu di Binjai semasa berbangkitnya Revolusi Sosial Sumatera Timur. kisah hidup dia sangat2 terharu.. hemm nak tahu lebih lanjut tentang beliau maka bolehla cari buku Nyanyi Sunyi dan boleh jugak rujuk wikipedia ni.. http://ms.wikipedia.org/wiki/Amir_Hamzah





Sunday 16 December 2012

Surat Kucing

        Pada suatu hari, kucing hantar surat dekat robot... tapi kenapa kucing hantar surat dekat Robot???
hemm kucing sebenarnya nak minta tolong robot untuk hantar surat tu dekat... hemm harimau, dalam surat tu kandungannya begini:

"kehadapan sang harimau, saya nak pinjam kepit kuku, awak ada ka? kalau tidak keberatan berilah saya pinjam... hemm kalau awak setuju nanti balashla surat nie dan kita boleh bertemu "

agak bodoh isi kandungan surat tu... sebenarnya kucing tu nak ngorat harimau... biasa la, bila jatuh cinta semuanya agak ganjil hehe.

minggu seterusnya bermulalah pertemuan kucing dan harimau... maka timbullah bibit2 cinta dan hari berlalu, minggu berganti maka bermacam-macamlah barang yang dipinjam oleh kucing sebagai alasan untuk bertemu sehingga suatu hari.... kucing telah menghilangkan barang kesayangan harimau iaitu resepi gula-gula.

perasaan harimau menjadi haru biru... hari2mau resepi gula2 itu semula... sehingga harimau menjadi berang kerana resepi gula gula (nama resepi itu gulaan fufu) itu sangat penting. antara kepentingan  dan khasiat Gulaan fufu:

  1. dapat mencomelkan harimau 
  2. dapat meredakan kemarahan
  3. dapat duit bila jual dan,
  4. sedap dimakan ^_^
maka terputuslah hubungan mereka, hasil percintaan mereka dahulu maka lahirlah kucing hutan.
disebabkan perpisahan yang berlaku antara kucing dan harimau makanya kucing hutan telah dibiarkan hidup sendiri di dalam hutan...

persoalannya... mengapa kucing tidak saja sukakan robot?
bersambung kisah.... huhuhu

    moral:

  • jangan mencintai seseuatu yang mustahil... kecualilah memang rasa ley kompom dapat
  • sebelum memilih, fikir masa depan
  • mungkinkah harimau akan berbaik semula dengan kucing?(maaf ini bukan moral, tapi persoalan huhu)
  • jangan jangan dan jangan... harimau tu makan daging taw.. kucing makan jugak tumbuh2an pupupu
  • kenapa kucing x kerja jadi posmen? ley kenal suma(ini pun persoalan) hemmm