Monday 7 January 2013

Siapa kata zaman kanak-kanak tiada masalah?




Kita selalu cakap yang zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan dan tak banyak masalah. Kalau diingatkan balik, tak banyak memori yang mampu kita ingat pada zaman kanak-kanak kita dahulu. Walaupun sering dimarahi dan berkali-kali diberi amaran agar tidak melakukan itu… ini….tapi aku pasti x semua kita ingat dan simpan dalam memori kita hingga hari ini. berapa kali kita dimarahi oleh guru… tapi berapa ramai kita mampu ingat guru-guru dan namanya sekali yang pernah memarahi dan menasihati kita pada zaman sekolah dulu. Aku percaya yang semua hanya mampu ingat hanya lima atau enam orang atau kurang dari sepuluh.

tapi kenapa zaman kanak-kanak tak ada masalah?

Masih tersenyum sesudah tangisan 
Masih bermain seperti biasa walaupun ada masalah padanya
Masih mencari kegembiraan walaupun dipinggirkan
            Menghargai apa adanya…

Semua tu kuasa Yang Maha Pencipta  kan… hebat sekali ciptaanNya…

Kalau dilihat semula, semua kanak-kanak bermain,tak kira la apa jua keadaan.. walaupun apa sekalipun itulah fitrah mereka tangisan dan tawa...

Mencari ketenangan dan kegembiraan dengan bermain sesuatu yang disukai..



Belajar menghargai sepenuhnya nilai kegembiraan dalam hidup…



Mungkin dari kegembiraan itu kita dapat melupakan kebanyakan ( tak semua) pengalaman buruk atau yang menyedihkan zaman kanak-kanak dulu.. kerana apa? Kerana pada masa itu kita masih tidak pandai merungut… hanya mengimpikan apa yang naluri inginkan.. 



No comments:

Post a Comment