“Hanyut Aku”
Hanyut aku, Kekasihku!
Hanyut aku!
Ulurkan tanganMu, tolong aku
Sunyinya sekelilingku!
Tiada suara kasihan,
Tiada angin mendingin hati,
Tiada air menolak ngelak,
Dahagakan kasihMu,
Hauskan bisikMu,
Mati aku disebabkan diamMu.
Langit menyerkap,
Air berlepas tangan, aku tenggelam.
Tenggelam dalam malam
Air di atas menindih keras
Bumi di bawah menolak ke atas
Mati aku, Kekasihku, mati aku!
Karya:Amir Hamzah
Buat pengetahuan pembaca, saya suka sangat sajak ni. Dah lama saya cari...
hemm
kalau nak tahu, Amir Hamzah ni merupakan seorang penulis dan juga
sasterawan Indonesia. beliau bertemu dengan kekasihnya sewaktu di Jawa.
Catatan pendek
dalam buku 'Nyanyi Sunyi' adalah autobigrafi memperihalkannya. Amir
Hamzah dipaksa berkahwin dengan seorang puteri Sultan. (tak silap saya, anak Amir Hamzah yang hasilkan buku autobiografi tu).
if pembaca nak tahu lebih lanjut, lebih baik kiranya
cari buku tu. Semasa saya kat U dulu, saya ada baca buku tu... sedikit
tentang beliau hemm dia hasilkan sajak ni sebab kecewa kerana terpaksa
berpisah dengan kekasihnya. beliau juga dari keturunan kesultanan
Langkat.. jadi.. kerana terhutang budi... dia x sanggup tolak tawaran
pakcik dia untuk kawin dengan anak pakcik dia. lepas dari tu.. beliau
mecurahkan seluruh cintanya hanya kepada yang Maha Esa. saat tu...
terhasillah puisi yang lebih memperlihatkan kecintaanya kepada Allah.
Beliau meninggal dunia tidak lama selepas diangkat menjadi Pangeran
Langkat Hulu di Binjai semasa berbangkitnya Revolusi Sosial Sumatera
Timur. kisah hidup dia sangat2 terharu.. hemm nak tahu lebih lanjut
tentang beliau maka bolehla cari buku Nyanyi Sunyi dan boleh jugak rujuk wikipedia ni.. http://ms.wikipedia.org/wiki/Amir_Hamzah
No comments:
Post a Comment