Sunday 10 February 2013

40 hariku sebagai GSTT



9 febuari 2013: aku bersiap2 bagun awal untuk pegi interview sebagai kerani. Maklumlah dah berbulan2 duduk rumah saja. Tiba2 aku dapat panggilan daripada pihak pejabat pelajaran untuk datang berjumpa dengan En. Saad. Huh! Alhamdulillah la aku x tido time tu… rezeki katakan… dipandekkan cerita, aku telah diterima menjadi guru sandaran selama 3 bulan. Gembira bukan kepalang la. First sekali aku gtaw umi… reaksi dia huh terkejut la… tapi bila diberitahu orang lain… Jawapannya mampu ka aku nak ajar budak2? Aku pun tertanya2 jugak boleh ka aku bawak budak2 sek menengah tu? Time aku ajar budak tadika dulu pun lintang pukang ja kelas…bising bukan kepalang, yang aku pulak x marah lansung, bagi nasihat ja… memang gagal! Tapi budak sekolah menengah, itu lagi berat.

Aku ditugaskan untuk lapor diri haritu jugak, hemm so xcited… apa reaksi cikgu2 kat situ?? Mereka sangat terkejut, mungkin aku ni x ada gaya kot… kerani sekolah tu lagi dasyat.. dia cakap.. “ingatka budak mana tadi” huuuu…. Tolong….tapi x mula kelas lagi sebab kelas akan dibuka selepas cuti raya cina selama seminggu.. hurmm, semangat! Tapi otak kosong la.. aku x tahu pun nak kendali kelas lagu mana. So…. Blur. Tapi apapun aku harap tugas aku akan berjalan dengan lancar sepanjang berkhidmad di sekolah tu.

Jadual kelas dah dapat J
Aku ditugaskan mengajar subjek BM, SEJ, PENDIDiKAN SENi(seniya aku), sivik, dan pjk.. hermm
Jadi apa persediaan aku?

-disebabkan aku ni x dak duit (budak x keja).. jadi tak banyak yang aku mampu prepare utuk pergi mengajar nant. Senarai barang yang aku beli adalah:

  • -          selendang hijau (rm 5ja)
  • -          keronsang (rm 17) itupun keronsang pasar ja hehe
  • -          bedak (dalam perancangan)
  • -          seluar fit(rm 9) sebab aku pergi sekolah naik moto :-P

itu ja aku mampu.. tu pun umi yang belikan. Lain2 barang seperti kasut, baju kurung, beg tangan tambahan paw kakak ja hehe.

Apapun..segala kemampuan aku nant akan terjawab pada minggu depan… sangatlah kecut perut dan… xcited huhu.. gud luck for me!

No comments:

Post a Comment